SEBULAN YANG LALU. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Firma lelongan Sotheby di sini menjual sebuah lukisan abstrak karya Clyfford Still pada harga AS$61.7 juta (RM194.4) dalam satu lelongan kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu untuk pelukis AS berkenaan. Lukisan yang berjudul 1949-A-No. 1, menampilkan gabungan corak abstrak berwarna putih, hitam dan merah pada kanvas. Harga anggaran lukisan tersebut ialah antara AS$25 juta (RM78.8 juta) hingga AS$35 juta (RM110.37 juta). Rekod termahal untuk lukisan Still sebelum ini ialah AS$21.3 juta (RM67.1 juta). Still yang dianggap pakar dalam lukisan ekspresionisme, meninggal dunia pada tahun 1980.
p/s: aku terfikir, jika terjumpa di tepi jalan pasti aku ingat ianyanya lukisan yg dah rosak akibat terkena air hujan. 100% aku yakin ianya sampah
No comments:
Post a Comment