Undian Perlawanan Piala 2012 telah selesai dilakukan dimana juara piala FA 2011, Terengganu dilihat bakal menghadapi laluan berliku dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan.
Diundi dalamkumpulan A, boleh juga dierti laluan maut untuk mara ke Final Piala FA 2012.Jika dilihat pencabar dari pasukan bahagian A bukan merupakan calang-calang pasukan,kerana pasukan Terengganu telah undi untuk berada di kumpulan A bersama-sama pasukan hebat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Perak, ATM, Lion XII , Sabah dan johor FC tidak lupa juga pasukan yang dianggap mampu membuat kejutan seperti PDRM, Uitm, Sime Darby, Betaria FC, Pos Malaysia, USM dan juga Shahzan Muda.
Namun begitu, kita pasti mengharapkan kepakaran pengendali baru pasukan Terengganu Mat Zan Mat Aris, agar mampu merungkai dan merencanakan strategi yang jitu dan ampuh bagi mengharungi laluan berliku ini.InsyaALLAH Halangan demi halangan kita mampu lepasi jika para pemain dapat menyemai dalam hati dengan sikap semangat kesukanan tinggi,disiplin yang tinggi, komitmen yang tinggi serta bertoleransi dan saling berganding bahu dalam satu pasukan,InsyaAllah kita mampu mempertahan kejuaraan yang telah kita menangi pada tahun 2011 itu.
Ditambah dengan kehadiran 2 pemain import ,insyallah ia akan menyuntikan lagi moral dan semangat para pemain tempatan untuk mempamerkan mutu persembahan yang memberangsangkan bagi merebut kesebelasan utama dalam pasukan.Semoga tahun 2012 merupakan tahun kejayaan untuk pasukan Negeri Terengganu Darul Iman ini.Bak kata pepatah Untuk menjadi sang Juara,kita kena hadapi laluan onak dan duri.Kejayaan tidak akan datang mudah dengan hanya bergolek,tetapi kita terpaksa bergolek-golek demi mencapai kejayaan.Semua ini bukanlah halangan,tp peluang untuk berjaya......Teruskan Berjuang, Kami Tetap Bersamamu .
No comments:
Post a Comment